Select Page

Tentang Kami

Dewan Muda PEKEMA (DMP) ialah sebuah kumpulan dinamik yang terdiri daripada generasi kedua dari dalam PEKEMA. Ditubuhkan pada 2017, DMP terdiri daripada ahli PEKEMA yang dikategorikan sebagai generasi kedua dalam Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA). Ahli DMP juga merupakan golongan profesional muda dan bercita-cita tinggi dalam meneruskan legasi keluarga dan meneruskan tradisi serta kepakaran yang diwarisi turun-temurun, membawa perspektif baharu dan memacu pertumbuhan dan evolusi industri automotif di Malaysia.

Komitmen DMP adalah untuk menjiwai kesinambungan terhadap kecemerlangan yang telah ditanam oleh PEKEMA dengan membawa gabungan unik kebijaksanaan tradisional dan pandangan moden untuk menyumbang kepada pendekatan yang inovatif. Penubuhan DMP dalam PEKEMA juga menekankan dedikasi kami untuk memelihara nilai teras dan prinsip yang ditetapkan oleh PEKEMA bukti kepada legasi PEKEMA yang berkekalan dan peranannya dalam membentuk masa depan industri automotif di Malaysia.

FUNGSI UTAMA

Salah satu tanggungjawab utama DMP adalah untuk meningkatkan keterlihatan dan reputasi PEKEMA di kalangan rakyat Malaysia. Melalui inisiatif pemasaran strategik, DMP berhasrat untuk mempamerkan nilai yang dibawa oleh PEKEMA dan ahlinya kepada industri automotif. Dengan menonjolkan kepakaran ahli kami, sumbangan mereka kepada ekonomi, dan komitmen mereka terhadap kualiti dan profesionalisme, DMP menyasarkan untuk meletakkan PEKEMA sebagai sebuah persatuan yang dipercayai dan penggerak dalam industri.

Aktiviti Kami

MESYUARAT AHLI MAJLIS DMP JANUARI 2020

MESYUARAT AHLI MAJLIS DMP JANUARI 2020

Mesyuarat bulanan Dewan Muda PEKEMA yang diketuai oleh Chief kami yang kacak bergaya. Moga segala urusan DMP dipermudahkan untuk tahun 2020!

TAKLIMAT GUDANG BERLESEN OLEH KASTAM DIRAJA MALAYSIA & MITI

TAKLIMAT GUDANG BERLESEN OLEH KASTAM DIRAJA MALAYSIA & MITI

Majlis Taklimat Penerangan mengenai gudang berlesen PEKEMA oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk Ahli dan Pemilik gudang berlesen PEKEMA, majlis dihadiri oleh Timbalan Presiden PEKEMA YBHG Dato' Nik Izani Bin Nik Ibrahim dan juga AJK PEKEMA Pusat. Turut...

KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH 2019

KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH 2019

Rugi siapa tak mai! Ni gambar sekitar Karnival Permotoran besar-besaran di Kedah yang berlangsung pada 7 December 2019 di MBI Desaku, Kulim. Pengunjung di anggarkan seramai 8,000 orang dan Majlis di hadiri oleh YB Tuan Firdaus Ahmad, Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri...

KARNIVAL NORTHERNSPEEDO 2019

KARNIVAL NORTHERNSPEEDO 2019

Dewan Muda PEKEMA telah menyertai Karnival Northern Speedo 2019 yang dilangsungkan bertempat di Perkarangan Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Majlis Penutupan Karnival telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Dato' Wira Ir. Hj. Amiruddin Hamzah...

PEKEMA AUTONATIVE CULTURE 2019

PEKEMA AUTONATIVE CULTURE 2019

PEKEMA dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menganjurkan Autonative Culture 2019 bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam bersempena dengan program Selangor Youth Revival 2019.

Automotive Talent Programme

Sebuah program yang diperkenalkan bagi mencungkil bakat-bakat anak muda tempatan dalam sektor automotif negara. 

Hubungi Kami

+603 8322 7311  (EXT 603 / 605)

Lokasi

WISMA YAYASAN PEKEMA

Block 2, Aras 6, Corporate Park, Star   

Central, Lingkaran Cyber Point Timur,

Cyber 12, 63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan

Email

dewanmudapekema@gmail.com

Hantarkan Mesej Anda