Select Page

BRUNCH RIDE TO KUALA KLAWANG

12 February 2018

Program “BRUNCH RIDE” telah diadakan pada 10 Febuari 2018 yang dianjurkan oleh Pekema Riders Club dan Dewan Muda Pekema.Konvoi bermula dari Hamawangsa Automall dan bergerak menuju ke Kuala Klawang, Jelebu. Acara pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Dato’ Nik Izani Nik Ibrahim, Setiausaha Kehormat PEKEMA. Ketibaan konvoi di Kuala Klawang telah disambut oleh Presiden Pekema Riders Club, Dato’ Sm Zulkifli SM Amin bersama-sama kelab permotoran Jolobu Bikers Motorsport Club, Kelab Waris Anak Jolobu. Ketua Dewan Muda PEKEMA, En Muhd Anas Zawawi beserta Setiausaaha Kehormat Dewan Muda PEKEMA, YM Raja Petra Maruddin dan AJK Dewan Muda PEKEMA En. Sherwani turut bersama-sama menyertai konvoi pada kali ini.