Select Page

Tentang Kami

Dewan Muda PEKEMA merupakan pelapis bagi PEKEMA dimana komuniti ini merupakan generasi kedua dan ketiga bagi generasi awal PEKEMA. Ditubuhkan pada tahun 2017, peranan utama Dewan Muda PEKEMA adalah untuk bersama-bersama membantu dan berkhidmat kepada kempimpinan PEKEMA pusat dalam menangani isu-isu yang berkaitan industri automotif dan juga membantu memenuhi keperluan ahli PEKEMA yang memerlukan khidmat nasihat. Selain itu, Dewan Muda PEKEMA juga antara tunjak yang penting bagi mempromosi dan menjalankan karnival atau apa-apa sahaja aktiviti dan acara untuk PEKEMA.

Aktiviti Kami

MESYUARAT AHLI MAJLIS DMP JANUARI 2020

MESYUARAT AHLI MAJLIS DMP JANUARI 2020

Mesyuarat bulanan Dewan Muda PEKEMA yang diketuai oleh Chief kami yang kacak bergaya. Moga segala urusan DMP dipermudahkan untuk tahun 2020!

TAKLIMAT GUDANG BERLESEN OLEH KASTAM DIRAJA MALAYSIA & MITI

TAKLIMAT GUDANG BERLESEN OLEH KASTAM DIRAJA MALAYSIA & MITI

Majlis Taklimat Penerangan mengenai gudang berlesen PEKEMA oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk Ahli dan Pemilik gudang berlesen PEKEMA, majlis dihadiri oleh Timbalan Presiden PEKEMA YBHG Dato' Nik Izani Bin Nik Ibrahim dan juga AJK PEKEMA Pusat. Turut...

KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH 2019

KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH 2019

Rugi siapa tak mai! Ni gambar sekitar Karnival Permotoran besar-besaran di Kedah yang berlangsung pada 7 December 2019 di MBI Desaku, Kulim. Pengunjung di anggarkan seramai 8,000 orang dan Majlis di hadiri oleh YB Tuan Firdaus Ahmad, Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri...

KARNIVAL NORTHERNSPEEDO 2019

KARNIVAL NORTHERNSPEEDO 2019

Dewan Muda PEKEMA telah menyertai Karnival Northern Speedo 2019 yang dilangsungkan bertempat di Perkarangan Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Majlis Penutupan Karnival telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Dato' Wira Ir. Hj. Amiruddin Hamzah...

PEKEMA AUTONATIVE CULTURE 2019

PEKEMA AUTONATIVE CULTURE 2019

PEKEMA dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menganjurkan Autonative Culture 2019 bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam bersempena dengan program Selangor Youth Revival 2019.

Automotive Talent Programme

Sebuah program yang diperkenalkan bagi mencungkil bakat-bakat anak muda tempatan dalam sektor automotif negara. 

Hubungi Kami

(+60) 03 7622 6540

Lokasi

F-13-15, Blok F, Pacific Place,

Jalan PJU 1/4A, Ara Damansara,

47301 Petaling Jaya,

Selangor.

Email

dewanmudapekema@gmail.com

Hantarkan Mesej Anda